Kucing adalah suatu binatang yang
sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini
menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang
dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah
menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana
Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan
mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Diceritakan dalam
suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama
Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza
sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan
kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari
jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud
kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima
tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika
mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan
suara azan.
Kepada para
sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi
keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah
serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita
yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya
untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi
wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun
amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si
kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi
diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya
dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam
hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas
minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith
baginda:
Diriwayatkan Ali bin
Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di
Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam
bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat
kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu
Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab,
“Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu,
malah tidak ada najis”.
Sabda nabi ini yang
dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di
zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang
berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan
sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai
benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup
seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu
membersihkan kulitnya.
Jika kita lihat
semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan
jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang
amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu
mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.
Kajian Yang
Dijalankan
Telah dilakukan
berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi
kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di
samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil
juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan
lidahnya.
Hasil ujian:
Hasil ujian:
- Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
- Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
- Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
- Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
- Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan doktor yang
bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik
Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika
mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Ini amat berbeza
dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing.
Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing.
Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada
manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa
kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Mengapa kucing kurang
menggenari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam
pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan,
kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar
bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan
kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin
Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia
menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin
minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah
berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah
menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda,
Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah
(binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dari
Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya
memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah,
tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur.
Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah
melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang
disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak
najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw
berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan
Al-Daruquthni).
Subhanallah. Itulah
kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara
sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak
melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah
sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar