Jika
anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian,
berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan
penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai
sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis
penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :
1.
Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot
jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar
dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan
dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan ,
kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan
meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak
banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh
menurunkan risiko serangan jantung.
2.
Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of
Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu,
hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3.
Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain
sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang
tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan
tidak terjadi.
4.
Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin
berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan
lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki
secara rutin selama satu jam.



5.
Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan
kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal
carcinoma).
Kita
tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air
besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam
saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan
risiko terkena kanser payudara.
6.
Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan
menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat
dan kuat.
Osteoporosis
tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak,
tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit
dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7.
Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam
tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada
mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive &
Kidney Diseases).
Selagi
gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat
tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus
menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8.
Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang
biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah
berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar