1. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
12. Aisyah r.a. berkata “Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya
Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah SWT
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


20. Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. Rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air
susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan
dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik
suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua
70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur
pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu
binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung
gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat
pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat
pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa
40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit / mijat
suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar